08 August 2011

seminar cakna diri remaja . (;

assalamualaikum . pa kabar ? lama dah tak update blog kan . huhu . okay2 , aku nak mulakan cerita ni . 

seminar ni dah lama dah . 23 hingga 24 julai hari tu . ni la first time aku ikut seminar . seminar tu diadakan di premier hotel sibu . best sesangat . !

hari pertama : 
first tu , memang perasaan aku nervous , takut , happy and semua jenis perasaan menjadi satu . hehe .first day seminar tu aku dah lambat sampai kat hotel tu . aku punya la nervous .pendaftaran start pukul 8 . sedangkan aku bertolak dari rumah pukul 8 lebih . memang gila la . sebenarnya macam ni ceritanya . bapak aku kerja hari tu . tu la sebab dia lambat nak ambik aku . dalam pukul 0805 macam tu , bapak aku sampai and aku terus masuk keta . terus la bapak aku pecut g premier hotel . dia tahu aku dah lambat . aku sampai di hotel dalam pukul 0830 . naik tingkat satu and terus daftarkan diri . fuhh . nasib baik tak lambat sangat . baru je satu kaki aku melangkah , aku tengok dah banyak orang . malu weeiii . suma tengok . hee . 

dalam pukul 9 , penceramah start bagi ceramah . memang first tu boring , tapi last2 penceramah tu buat lawak sikit2 . tak la mengantok sangat . oh ya , banyak jugak pelajar pelajar dari sekolah lain ikut seminar tu . ada lelaki and perempuan . diorang sporting giler . aku masih ingat lagi pepatah baru yang diorang reka . "sepandai pandai katak melompat , akhirnya jadi sup katak jugak " . haha . 

untuk hari pertama ni , tak banyak sangat cerita . sebab hari tu kami orang dengar ceramah dari pagi sampai petang . wahhhh . haha 

hari kedua .
second day ni best sikit . sebab ada aktiviti . dalam pukul 9 , kami orang diarahkan menyusun meja and kerusi . untuk apa ? sebab penceramah tu nak buat game untuk kami orang . first aktiviti , penceramah tu suruh berkumpul and dalam masa 5 minit , kami orang perlu cari  kawan yang sama bulan lahir . memang malu la time tu . dah la tak kenal . terpaksa la menebalkan muka tanya kat diorang . ni boleh dikira sesi suai kenal .

pastu , dah berkumpul ikut bulan lahir , kami orang main game . game ini memerlukan fokus .tak tahu macam mana nak explain macam mana main game tu . pastu , berhenti sekejap and tebgok slide show pasal seorang ibu yang mendermakan mata nya untuk anak lelakinya . sedih giler . hampir setengah orang budak perempuan menangis . termasuk aku . haha . tersentuh bh . (';

dalam pukul 11 lebih , kami orang main game lagi ! game ni paling best . "kata omar " . tu la nama game tu . game ni pun memerlukan fokus . mesti dengar arahan dengan teliti . aku awal awal lagi dah tersingkir . haha . aku tak macam mana nak explain cara main  game ni . korang tanya la kawan kawan korang ehhh . heee .

pukul 1230 , time to lunch! makan , ambik gambar and so on . sempat jugak aku , yaya , anne , nana , ella ,pyzah and mardiana pergi premier mall . haha . jalan jalan ngan diorang . and this is the first time aku jalan and bertegur dengan nana , pzah and mardiana . diorang sama sekolah ngan aku , cuma tak selalu bertegur . diorang best . sporting and gila gila . haha . 

pukul 0145, masuk bilik seminar tu lagi . penceramah buat lawak sambil berceramah . tengok slide show and dalam pukul 0330 lebih macam tu , kami orang berhenti untuk memberi laluan penyampaian sijil nanti . sebelum tu , susun kerusi and teruskan dengan penyampaian sijil . time ambik tu , semua buat muka nervous . haha . dalam pukul 0430 lebih , majlis pun bersurai . tapi , sebelum kami orang keluar , penceramah suruh nyanyi lagu "doa perpisahan " . (<--- aku tak pasti tajuk lagu ni . hee ) dah abis nyanyi , kami orang diarahkan untuk minum petang . time tu la ambik gambar dengan budak budak dari sekolah lain . diorang pun okay je .and , aku rasa macam tak nak balik . haha . ;p

okay la , sampai di sini saje ye . aku tak boleh cerita banyak . ni broband cousin aku . streamyx rumah aku dah rosak . haha .kalau nak tengok gambar time seminar tu , tengok dalam facebook aku k .  okay la , assalamualaikum .

p/s : sampai sekarang aku masih tak dapat lupakan seminar tu . kawan kawan aku yang lain pun . kalau ada lagi , kami orang mesti join . bukan mesti lagi , wajib . haha . 

No comments:

Post a Comment